'Ibuuuuu…"panjang bunyi vokal 'u' yang Kak Anis lontarkan sejajar dengan bunyi tangisan merayu-rayu Kak Anis.Air mata jernih hiba penuh dengan harapan deras mengalir menyusuri pipi montel itu…Aku hanya terdiam di sisi…tidak berdaya membidas ujaran ibu tadi…Bengis benar air muka wanita pertengahan tahun itu… Kak Anis masih lagi mengalirkan air mata derasnya….aku tahu.. di kepala fikirannya….pasti sedang mengarang seribu alasan untuk mendapat lampu hijau dari ibu…
Hebat sungguh penangan tangkis ibu.Bukan aku mahu berat sebelah,bertaut dengan pilihan Kak Anis.Aku cuma pegang pada pendirian guru matapelajaran Kemahiran Hidup ku,Puan Hajah Wafiah,beliau pernah berkata, “biasanya mereka yang menyusuri masa mendatang mereka atas minat dan kesungguhan,tidak mustahil kejayaan tidak datang menjengah.” Juga bukan aku mahu menyalahkan ibu kerana tidak merestui pilihan kerjaya Kak Anis ,Cuma aku berasakan kedai bakery Kak Anis mampu maju berkat atas minatnya yang mendalam yang boleh diperlihatkan sejak zaman persekolahan lagi.Dia tidak main-main dengan minatnya,di bangku sekolah,persatuan memasak,pertandingan memasak, ceramah memasak,mahupun kursus atau kem perkhemahan memasak,semuanya Kak Anis sertai.Dia sedar pengalaman dan pendedahan awal merupakan komponen penggerak minat apabila usia sudah menjelang dewasa.
************************************************************************************
Lewat malam itu,usai sahaja solat Mahgrib,ibu mula menghidangkan makanan malam.Kak Anis hanya merajuk,berkurung di dalam bilik.Meskipun ibu berasa terkilan,aku tahu di sudut hatinya,terdetik keinginan untuk memujuk hati kecil Kak Anis.Selesai sahaja menjamah makan malam,aku menawarkan diri untuk membersihkan pinggan mengkuk.Lauk pauk yang masih berbaki aku tempatkan di atas para lalu ku tutupkannya kemas dengan tudung saji.Sempat aku mengintai kelibat ibu,kelihatan berlan berjengket-jengkit seperti pencuri menuju ke kamar Kak Anis.Itulah,kasih seorang bonda …mana sanggup dibiarkan anak gadis sendiri berhiba duka…Meskipun ketukan pintu ibu perlahan…namun cuping telinga ku mampu menangkap bunyi ketukan itu yang kedengaran ragu-ragu. Beberapa saat kemudian…kunci pintu tersebut terbuka,aku melihat ibu mengorak langkah ke dalam dengan senyuman yang terukir di wajahnya.Aku tahu…pasti taktik merajuk Kak Anis ini akan berjaya melembutkan hati ibu…Ah….rasanya…aku juga perlu mempelajari taktik ini daripada Kak Anis.
Setelah selesai sahaja tugas mencuci pinggan mangkuk…aku berjalan perlahan menuju ke pintu bilik Kak Anis pula.Sahaja aku ingin menyibuk…mencuri dengar perbualan di dunia seberang sana.Sayup-sayup sekali aku mendengar suara ibu…berselang dengan suara manja Kak Anis.
“kalau arwah ayah tidak buka kedai itu…pasti kita semua masih bersama….”ujar Kak Anis kedengaran hiba.
“itu ketentuan Ilahi Nis…..jika memang ajalnya sudah tiba….dia akan pergi jua nanti…”ulas ibu pendek…. Sebalik kata-kata itu….aku dapat merasakan rasa sebak yang tertanggung di dada.
“sebab itulah ibu melarang…tapi kalau memang itu minat kamu ,ibu restui…Cuma…kau perlu berhati-hati…malang tidak berbau…ibu tak mahu…apa yang terjadi pada ayah kamu …berulang menjadi nasib kamu.”sambung ibu lagi.
“Yes!!”,aku berdesis kecil.Aku agak…pasti Kak Anis tersenyum gembira kini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Letih nie cik mek..........daki bukit Larut oiiiiii.......
we are Sapphire Baits.... !!
2010..~~
puteri chonun imnida..........~~
- family
- friends
- teacher
- love
- air-cond
- money
- clothes
- ice-cream
- books
crazy queen.~~~
Tantaram...taram...missing you...~~
my blue enemy trademerkes konquer.........~~
weeeeeeeee.......are family....







No comments:
Post a Comment