Thursday, February 24, 2011
Nilai segelas susu
Sudah beberapa jam si anak muda berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu.Bunga-bungaan sedang mekar,unggas dan serangga sedang berterbangan serata halam rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.Tekaknya kering sedangkan pengembaraannya masih jauh lagi.
Lantas pemuda itu mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang disusurinya.Rumah tersebut kelihatan sungguh usang.Tiba-tiba, seorang wanita tua membuka pintu tersebut lalu melemparkan pandangan tua nya ke arah anak muda itu.Anak muda itu memberi salam lalu memberitahu bahawa dia berasa dahaga dan ingin meminta sedikit air untuk diminum.Wanita tersebut hanya melemparkan secebis seyuman lalu berlalu ke belakang dapur dan mendapatkan sesuatu.Setelah itu,wanita tua tersebut muncul semula dengan segelas susu segar.Pemuda itu terkejut kerana wanita tua yang miskin itu sanggup menjamu tetamunya dengan segelas susu meskipun pada masa itu susu sungguh mahal.Setelah anak muda itu menghabiskan susu tersebut anak muda itu bertanya,"Mak cik..berapa harga susu ini?"
Lantas wanita itu mengukir senyuman lalu berkata,"wahai anak,jikalau benar niat mu untuk menuntut ilmu di sini..mak cik halalkan susu ini,pergilah kau belajar dan jadilah kamu orang yang berguna".
Pemuda itu mengucapkan terima kasih lalu berjalan pergi meneruskan perjalanannya.
Setelah beberapa tahun kemudian,anak muda itu telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan.Suatu hari, dia perlu menjalankan pembedahannya yang pertama.Pesakit yang akan dibedahnya menghidapi penyakit barah hati.Semasa pembedahan, anak muda itu terkejut apabila melihat wajah pesakit yang dibedahnya.Orang itu seperti dia pernah berjumpa.Akhirnya,pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan.
Setelah pesakit itu sembuh,anak muda itu menguruskan hal pembayaran bil pesakit tersebut.Dilihatnya alamat yang tercatat pada helaian bil tersebut,diaberasakan seperti dia pernah ke sana.Setelah difirkirnya,akhirnya baru lah dia teringat kembali bahawa pesakit yang dibedahnya adalah wanita tua yang pernah memberinya segelas susu dahulu.Lalu dia pun mencatatkan sesuatu pada helaian bil tersebut.
Semasa dalam bilik pesakit,wanita tua itu runsing memikirkan kos pembedahan yng sungguh mahal. Tangan nya menggeletar semsa mengambil bil tersebut yang dihulurkan oleh anak muda.Setelah ditelitinya helaian bil tersebut,dia bersa terkejut melihat nota yang tercatat pada hujung bil tersebut.
Setelah dibacanya,"BIL INI TELAH DIBAYAR DENGAN SEGELAS SUSU",lalu dia tersenyum bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Letih nie cik mek..........daki bukit Larut oiiiiii.......
we are Sapphire Baits.... !!
2010..~~
puteri chonun imnida..........~~
- family
- friends
- teacher
- love
- air-cond
- money
- clothes
- ice-cream
- books
crazy queen.~~~
Tantaram...taram...missing you...~~

my blue enemy trademerkes konquer.........~~

weeeeeeeee.......are family....

No comments:
Post a Comment